Khamis, 21 Februari 2013

Syarahan untuk Thn 5


 SYARAHAN:  WASATIYYAH PENCETUS UMMAH BERWIBAWA



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعد
       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak-detik masanya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat sekalian..
Sidang dewan yang saya kasihi,

  Dalam hidup seharian kita, tidak lengkap hidup tanpa mengamalkan segala sunnah yg dibawa oleh Rasulullah SAW . Maka pada hari ini saya ingin mengajak sahabat semua untuk memperjuangkan sunnah Rasulullah yang mementingkan perpaduan ummah, agar Islam terus terbela. Berpatutanlah dengan tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “ Wasatiyyah Pencetus Ummah berwibawa”

  Di Dalam kamus dewan, Wasatiyyah bermaksud: pendekatan sederhana yang di amalkan oleh Rasulullah SAW.Pencetus ummah pula bermaksud: pengungkap sesuatu wadah untuk cetusan idea yang lahir daripada masyarakat islam.Wibawa pula bermaksud kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.Maka dengan ini maksud keseluruhan “ Wasatiyyah Pencetus ummah berwibawa adalah kepakaran sesuatu ummah untuk menggerakkan sifat kesederhanaan dalam diri.

Sahabat-sahabat sekalian..
Telah dinyatakan didalam Al-Quran bahawa kita sebagai manusia telah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat pilihan. Daripada Surah al-baqarah ayat 143
Yang bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah),…”

  Dengan ini sebagai umat pilihan,Wasatiyyah dapat mentarbiyah kita kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.Ia menekankan aspek beriman, adil dan di versity. Konsep ini juga membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul iaitu “unity in diversity” perpaduan dalam kepelbagaian, seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik. 
   Sifat wasatiyyah yang di bawa oleh baginda Rasulullah saw juga termaktub dalam Piagam Madinah dengan menyatupadukan masyarakat islam dan bukan Islam.Ia menyerlahkan lagi semangat toleransi beragama dapat hidup secara harmoni demi melindungi kaum minority.
Sahabat-sahabat sekalian,

  Persoalannya kini,Bagaimana kita ingin menjadikan wasatiyyah sebagai pencetus ummat yang berwibawa? Maka ini, Saya menyeru agar kita semua melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas agar Islam maju dalam mengerakkan ummah yang bermutu

Ini sesuai dengan Sabda nabi Muhammad SAW

انَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Yang bermaksud:
 “Sesungguhnya setiap amalan itu di mulai dengan niat. Dan sesiapa sahaja akan memperolehi apa yang dia niatkannya”

  Kita sebagai rakyat Malaysia harus  mengamalkan apa yang di bawa oleh Rasulullah SAW, Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kita bagi mengekalkan kestabilan Negara dengan cuba menyatupadukan Masyarakat  tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Berpatutan juga dengan Tema yang Dibawa oleh dato’ Sri Najib Sebagai Satu Malaysia Transformasi Berjaya.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,

  Kita hidup sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, jadi kita amalkan sifat Wasatiyyah agar diri kita dapat memberi contoh tauladan yang baik di dalam melaksanakan aktiviti kehidupan. menyatupadukan ummah berpandukan al-quran dan as-sunnah sepertimana Rasulullah SAW.Hanya dengan bersatu padu, kita berupaya menangani segala cabaran semasa.

  Justeru itu, dalam menyimpul syarahan saya ini, ayuh kita di sini. bersama –sama, kita memulakan tugas membina kesatuan ummah dengan menjadikan wasatiyyah sebagai prinsip dan hijrah sebagai semangat untuk memacu kita mencapai kemenangan ke arah yang hakiki.

Demikian syarahan saya pada hari ini, iaitu ‘ Wasatiyyah Pencetus Ummah Berwibawa’ semoga bermanfaat bagi diri saya khususnya dan juga kita semua.

Sifat Rasulullah Perlu di teladani,
Quran dan Sunnah rujukan utama,
Wasatiyyah Tonggak sifat terpuji,
Marilah kita amalkan bersama-sama.

Saya akhiri syarahan saya ini dengan lafaz..
Wabillahit taufiq wal hidayah wassalamualaikum …

Tiada ulasan:

Catat Ulasan