Sabtu, 20 November 2010

ALLAH MENDENGAR DOA ORANG YANG DI ZALIMI

   Hari- hari manusia di palestin sering bergilir difikiran mereka tentang kematian yang datang bila-bila masa sahaja. Memang sudah ajal maut ditangan tuhan, tetapi manusia mana yang tidak mahukan keamanan.. Bahagia dalam satu masa sedih dalam jangka masa yang lama. Kita sama-samalah berdoa agar Allh swt meneguhkan iman kita di atas kebenaran sehingga kita kembali kepadanya.

 Kita sebagai manusia tidak memiliki kemampuan yang mutlak. Ia hanya terdapat kemampuan yang terbatas, yang tidak dapat kita melebihinya atau melampauinya. Bahkan ia akan menjadi lemah dihadapan kekuatan yang lebih besar dari kekuatannya. Kerana tiada yang berhak mengatur alam semesta ini melainkan Allah, yang ketika mana ia berkata kepada sesuatu " Jadilah" maka jadila ia.

Doa orang yang di zalimi akan dikabulkan oleh Allah swt
 Allah maha pencipta , maha mendengar malah lebih maha mengetahui tentang setiap sesuatu yang ada di hati hambanya.. Maka berdoalah kamu, ia sebagai senjata orang Mukmin.

  Allah swt telah berfirman: " Dan apabila hamba-hamba ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawa aku adalah dekat.Aku mangkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."     (AL-BAQARAH:186) 

  Berhati- hatilah kamu dengan doa orang yang dizalimi. Allah telah mengharamkan kezaliman keatas diri-Nya dan para hambanya. Adapun kezaliman itu meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Ini merupakan bentuk penyelewengan dari keadilan. Tatkala kezaliman telah menyebar di tengah-tengah Umat, ia akan membinasakannya. Jika telah menimpa sesebuah negeri maka ia akan menhancurkannya. keazaliman merupakan kegelapan yang dapat menggelincirkan kaki-kaki dan dapat menyesatkan akal.

 Antara doa Rasulullah s.a.w ketika beliau dalam peperangan:
  " Ya Allah, sempurnakanlah apa-apa yang telah engkau janjikan untuk ku! Ya Allah, jika Engkau membinasakan tentera kaum muslimin ini, tentu Engkau tidak akan disembah di muka bumi ini"

Betapa kasihnya Baginda Rasulullah terhadap ummatnya sehingga berdoa sedemikian untuk menyelamatkan kaum muslimin. Dan antara doa Beliau di peperangan Ahzab ketika mana kaum Musyrikin telah mengepung di sekelilingan mereka, atas dan bawah nabi s.a.w telah mengangkat kedua tangannya lalu berdoa

  " Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan, yang memusnahkan musuh-musuh, hancurkanlah mereka dan tolonglah kami atas mereka"

Doa juga merupakan ibadah, dengannya seseorang hamba dapat mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Allah memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang di kehendaki terhadap orang yang zalim. Sehingga ia mengunci kezaliman dan membuka pintu keadilan.

 Seorang penyair telah berkata " Janganlah berbuat zalim dikala kamu berkuasa, kerana kezaliman akan berakhir dengan penyesalan. Mata mu tidur, sedangkan orang yang di zalimi terus terjaga, ia mendoakan mu dengan kecelakaan, dan mata Allah tidak pernah tidur, untuk mangkabulkannya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan