Sabtu, 6 Disember 2014

5 CIRI MUNAFIK DIKALANGAN KAMU

1
.       Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya

Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain.Perbuatan ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafik

Firman Allah s.w.t:
  "Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan(pahala)sedekahmu dengan menyebutnyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat."(Al-Baqarah:264)

2.       Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t:
"Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Al-Hujurat:11)

3.       Sombong Di Antara Sesama Manusia

Firman Allah s.w.t:
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang menyombong diri." (Az-Zumar:)

4.       Mengamalkan  Riak

Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menurut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Firman Allah s.w.t:
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.”(Al-Baqarah:264)

5.       Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan menimbulkan renggang dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik.

Firman Allah s.w.t:
"Tidak ada kebaikan perkataan mereka,kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih."(An-Nisa':114)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar."(HR.Ibnu Abid Danya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan