Jumaat, 19 November 2010

PENAWAR-PENAWAR CINTA

 Kecintaan yang berlebihan itu banyak sebabnya di antaranya:

1. Hati yang tidak di isi dengan rasa cinta, rasa syukur, zikir dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Melepaskan pandangan mata adalah jalan yang menghantar kita kepada kesedihan dan keresahan.
3. Memperkecilkan ibadah,zikir, doa, dan sembahyang sunat

 "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (surah Al-Ankabut 45)

Penawar Cinta


1. Berusaha untuk selalu berada di pintu-pintu ibadah dan memohon kepada Yang Maha Agung.

2. merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan.
3. menjauhkan hati dari hal-hal yang boleh mengikatnya dan berusaha melupakannya.
4. menyibukkan diri dengan amal soleh dan mendatangkan manfaat
5. Menikah secara Syar'ie

  Baginda bersabda, ertinya
 " Wahai para pemuda, sesiapa diantara kamu yang sudah mampu untuk menikah, Hendakalah kamu menikah"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan