Rabu, 5 Januari 2011

MENJADI SEORANG YANG DICINTAI

 Dengan tajuk saya berikan diatas mungkin ramai diantara anda rasa tertarik untuk mengetahui lebih lanjut, Bagaimana hendak meraih Cinta yang sebetulnya (islamic) dengan tidak menggunakan cara helah. Memang kebanyakan orang yang ingin dicintai sering menggunakan bahasa badan dan sebagainya, tetapi adakah salah disisi peradaban islam? Ramai yang telah mengetahui hukumnya dan fikir-fikirlah sendiri, tepuk dada tanya iman anda. Disini saya ingin berkongsi maklumat tentang bagaimana cara untuk meraih cinta keredhoan dari Ilahi.

Tiada harta benda yang sepadan dengan cinta seorang manusia. Bahkan cinta kepada manusia itu menjadi tolak ukur cinta kita kepada Allah Ta'ala.

 Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya : " Wahai buah hati ku, carilah sahabat dalam pergaulan, kerana dalam 1000 sahabat itupun masih sedikit. Dan janganlah engkau mencari musuh walau cuma seorang, kerana seorang musuh itu golongannya ramai."

1. Cara Mendapatkan Cinta: 
Bermula dari didikan diri sendiri, Cintai diri kita dahulu dan rasa cinta kita, perlulah dikaitkan dengan ketaatan kita pada Allah. Memperbaiki iman kita dan juga Akhlak kita
 Al-Mungirah bin syu'bah pernah berkata: "Seberapa besar cintamu kepada Allah,sebegitula cinta manusia kepada mu, Sejauh mana ketakutanmu kepada Allah,Sejauh itulah keseganan manusia kepada mu, Sebanyak mana kesibukan mu kepada Allah, Maka sebegitulah Manusia mengambil berat terhadap mu"

Bagaiman caranya untuk kita dicintai oleh semua orang?
Bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang terpuji dan memperbaiki kesilapan diri dan orang di sekeliling kita. Sebelum kita menjalinkan persahabatan kita dengan sesiapapun, niatkan dalam hati bahawa kita akan menjadi saahabatnya buat selama-lamanya.jangan terlintas sedikit pun didalam benak kita bahawa kita akan memutuskan tali persaudaraan itu sewaktu detik yang akan datang.

Ahli hikmah mengatakan : "Tahanlah dirimu, jangan beri ruang dihatimu untuk memutuskan tali persaudaraan, meskipun perilaku sahabat mu tidak menyenangkan mu, Persahabatan melambangkan kehormatan dan keperibadian kamu"
Berkenalanlah kamu dengan orang lain dan meraih cinta serta kasih sayang daripadanya, Tetapi janganlah kamu bersikap terlalu manis kerana ia akan ia boleh 'Memakan' kamu.

Dalam Ma'tsurat al-Hukmi ada disebutkan: " Langkah pertama dalam berteman adalah perkenalan, kemudian menyukai. Setelah itu bersatu, baru kemudinnya bergaul. kemudiannya wujud rasa cinta dan disulami ukhuwah persaudaraan"

Sekiranya kamu sudah meraih cinta yang sebenar, kamu perlulah mendahului keluarga kamu kerana kita, islam bersaudara, jangan disebabkan cinta kamu dihalang keluarga, hubungan kekeluargaan disisihkan. Minta keredhoaan daripada ibu bapa. kerana keredhoan Allah terletak pada keredhoan kedua Ibu bapa.

Dari Ali bin Abi Tholib berkata: "Hormati keluarga mu, kerana mereka adalah sayap yang akan engkau gunakan untuk terbang. Mereka adalah asal usul mu sehingga engkau jadi manusia, kerana merekalah engkau boleh merangkak dan tumbuh menjadi dewasa, mereka juga adalah tempat engkau menumpang ketika engkau susah, Hormatilah orang yang paling tua diantara mereka, Dahulukan mereka dalam setiap urusan mu, dan permudahkanlah segala kesulitan yang mereka hadapi"

 Jelaslah disini bahawa rasa cinta dan sayang itu adalah satu anugerah yang diberikan oleh Ilahi. Jadi janganlah kita mensia-siakannya. Percaya pada diri, Perbaiki akhlak perkerti, 

Semoga cinta kita diberkati.Semoga dengan sedikit tips yang saya berikan  anda dapat memahaminya.
 Andai anda inginkan lebih lanjut Bagaimana ingin menjadi orang yang di cintai?
Anda boleh dapatkan buku rujukannya bertajuk "MENJADI ORANG YANG DI CINTAI" penulisnya AHMAD MAHMUD FARAJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan