Khamis, 2 Jun 2011

UJIAN TUHAN PADA HAMBANYA

  Bismillahi Rahmanir Rahim.. dengan catitan ku ini, Insyallah akan mendatangkan faedah kepada setiap pembaca dan pengunjung yang ku kasihi..


 Sememangnya kita sebagai manusia telah banyak mengetahui tentang ujian Allah yang datang pada kita dalam pelbagai bentuk yang zahir mahupun batin, Antara sedar ataupun kita tidak sedar. Aku teringat  Nasyid yang di dendangkan oleh Inteam &Nazry Raihan.


lirik nasyid Inteam& nazrey raihan : KEHIDUPAN


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..



  Semua yang datang pada kita adalah ujian dari Allah Sw,ujian untuk mentarbiah kita, mendidik kita menjadi hambaNya yang berguna. Bukan diwaktu senang kita lupakanNya dan diwaktu susah barulah kita mengingatinya. Ada juga segelintir manusia, diwaktu senang dia bermegah bahawa dia berusaha kerana itulah dia berjaya.Bila dia dalam keadaan susah, dia mengatakan bahawa Allah itu Tidak adil kerana telah mengujinya dengan ujian yang teramat berat untuk dipikul.. itulah kita Manusia, sepertimana kita mengetahui bahawa 'INSAN' yang bermaksud 'PELUPA'.


 Aku pun tak tahulah Manusia ni lupa diri dengan kesenangan ataupun memang sengaja buat lupa bahawa Allah Itu Ada. Allah tidak tidur dan tidak mati untuk selamanya, maka kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengingatinya 24jam setiap hari, bukannya 24jam utk sehari shj.. bukannya kita perlu untuk tunggu sehingga tengah malam barulah kita nak bermohon doa padaNya..sedangkan kita boleh memohon padaNya bila-bila masa sahaja..


 Aku juga manusia, bukannya Rasul yang maksum.Diriku juga banyak melakukan dosa sebelum-sebelum ini. Kisahnya bermula Setelah aku merasa diriku begitu tidak berguna walaupun penat lelahku menjadi orang yang baik,solehah dan segalanya, tetapi Allah masih tidak membantuku, lalu aku mula sering melupakanNya. aku mula menjadi kasar terhadap kedua ibu bapaku, aku mula susahkan orang lain dan selalu merasakan diri ku sahaja yang betul, aku takbur dan sombong diri.. Lama-kelamaan aku merasa perit sangat untuk menghadapi hidup ini. kerana ujian yang telah Allah berikan pada ku cukup berat untuk aku tanggungi.Aku sakit tiada siapa yang ambil peduli, aku susah tiada siapa yang bantu. aku juga merasakan Allah itu tidak adil kerana orang lain yang tak sembahyang dan suka melakukan dosa,boleh pula menjadi kaya raya,hebat dan ternama.Aku ada kerjaya tapi aku bukanlah manusia yang berjaya, pelbagai lagi ujian Allah yang telah dia berikan padaku bertimpa-timpa.


  Lalu aku rasa menyesal aku Manusia yang kerdil yang selalu hilang arah tujuan, yang hilang pegangan Aqidah. mana diriku yang dulu.. Adakah ini salah ku, salah nafsu atau salah kerana terikut dengan hasutan syaitan yang durjana.. tapi aku letakkan semuanya salah dibahuku bukan salah memilih kawan atupun sesiapa, kerana aku tidak sabar dengan hidup,terlalu ikutkan kata hati.


   Allah telah mengujiku dengan pelbagai ujian, Ujian yang aku sendiri tak dapat menyelesaikannya hingga kini. aku mula teringat sahabat ku pernah menasihati bahawa "Ingatlah Allah selalu walaupun kita senang mahupun kita susah, kalau kamu berdoa, lalu allah mempekenankan doa itu bermakna Allah sayang kepada mu, kalau kamu berdoa, tapi Allah lambat memperkenankan doa mu bermakna Allah ingin menguji kesabaran mu, Dan jika kamu berdoa,tetapi Allah tidak memperkenankan doa mu,itu bermakna Allah inginkan yang Terbaik untuk mu". aku pegang kata-kata ini, mungkin betul apa yang kawan ku katakan.Selama ini aku bermohon dan berdoa bermacam-macam, tetapi Allah tidak memperkenankan, kerana mungkin Tuhan itu inginkan yang tebaik untuk hambanya..


  Kenapa dulu aku boleh mengabaikan kekuasaan Allah ini?.... kerana syaitan dan nafsu ku yang bersatu untuk merebahkan aku, lalu sekaligus melupakan kekuasaan Allah. kini aku insaf, tidak akan sekali aku melupakan Allah walaupun sehari.. bibirku kini tidak lagi mencarut-marut, tapi bibirku kini menzahirkan Istighfar kepada Mu..walau dimana jua ku berada aku akan sering mengingati Allah dengan berzikir dan beristighfar..kerana aku takut sekiranya diambil nyawaku suatu hari nanti, dosa ku masih tidak terampun walau sekelumitpun.. 


  Aku berharap sahabat yang telah membaca catitan ku ini,sama-samalah kita berdoa agar kita ummat manusia sentiasa dalam perlindungan RahmatNya dan sentiasa diampun dosa OlehNya.. Allah itu maha berkuasa, Maha melihat, maha pendengar dan Maha mengasihani hambanya..
Bertaubatlah kita sebelum terlambat.. segala ujian datang dari Allah dan dariNya jugalah kita memohon petunjuk... Amin!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan