Khamis, 21 Februari 2013

BERKHIDMAT SELAMA 4 TAHUN KERANA SEBIJI EPAL.



   Pada zaman dahulu di sebuah negeri Jilan di Iraq terdapat seorang lelaki soleh yang sangat  kuat imannya. Pemuda itu bernama Abu Salih Jangi Dost. Pada suatu hari sedang pemuda itu duduk ditebing sungai, dia terlihat sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Lalu beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai memakannya beliau tersedar dan berkata didalam hati. “kemungkinan buah epal ini ada tuannya, aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku perlu cari pemiliknya dan minta dihalalkan daripadanya”.

   Pemuda itupun berjalan disepanjang sungai  dari hilir hingga ke hulu sungai untuk mencari tuan buah epal tersebut. Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai dan ada sebatang pokok epal condong kearah sungai. Hatinya berbisik “kemungkinan buah epal daripada pokok inilah yang aku termakan tadi” beliau segera berjumpa dengan tuan kebun epal tersebut.

 Tuan kebun itu adalah seorang lelaki salih yang bernama Sheikh Abdullah Sawmaa’l. Abu Salih memberi salam: “Assalamualaikum Tuan. Adakah tuan pemilik kebun epal ini?”Abu Salih inginkan kepastian.  Sheikh Abdullah Sawmaa’l mengiyakannya.lalu Abu salih berkata lagi :” Saya ingin memohon maaf dan di minta dihalalkan daripada tuan, ini  kerana saya telah  termakan buah epal tuan yang telah terapung  di hilir sungai” sheikh Abdullah Sawmaa’l merenung wajah pemuda itu dengan penuh kehairanan lalu berkata : “ aku akan memaafkan kamu sekiranya kamu memenuhi  permintaan ku”

“Apakah permintaan tuan?” Abu Salih bertanya.
Sheikh Sawmaal menjawab:”  kamu haruslah berkhidmat kepada ku selama dua tahun”.

  Abu salih yang bertaqwa dan takut kepada kemurkaan Allah itupun berfikir seketika. Walaupun hanya sebiji epal, ia tetap cukup baginya untuk disoal di hari perhitungan,kerana ingin menebus kesalahannya yang telah memakan epal, haram sekiranya tidak di izinkan oleh pemiliknya . lalu beliau bersetuju dan berkata :” Insya Allah tuan, saya akan turuti kehendak tuan untuk berkhidmat  Selama  dua tahun”

  Setelah dua tahun berlalu dan pada hari terakhir dia berjumpa   tuannya dan meminta izin untuk pulang ke kampong halamannya, tetapi sheikh Sawmaal menjawab “ aku akan menghalalkan sekiranya kau berkhidmat  dengan ku selama dua  tahun lagi”               

Abu salihpun akur dengan perintah tuannya itu : “ baiklah,saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki” sepanjang 4 tahun sheikh Sawmaal memerhatikan  abu salih adalah seorang pemuda yang beriman dan seorang yang sangat jujur orangnya.

Kawan-kawan semua..
  Setelah dua tahun telah berlalu.abu salih memohon izin kepada tuannya untuk pulang kekampung halamannya dan berkata “ Tuan, izinkan saya pulang ke kampong untuk melihat keluargaku”       tetapi sekali lagi dihalang oleh Sheikh Sawmaal “ aku akan halalkan epal itu sekiranya  kamu bersetuju untuk mengahwini anakku ! tetapi anak ku ini adalah seorang gadis yang buta, bisu, pekak malah kudung kedua belah tangan dan kakinya, sudikah kau mengahwini anak gadis ku dan memenuhi syarat terakhir ku ini?”.

Abu salih termenung agak lama dan jauh disudut hatinya berbisik “ jika sekiranya gadis itu buta, pekak, bisu aku masih boleh terima.tetapi sekiranya kudung bagaimanaku mahu hidup dengan wanita seperti ini?”

Tetapi beliau teringatkan akan kesalahannya memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawmaa’l maka beliau pun setuju dengan tiada sedikitpun di dalam hatinya merasa sesal kerana baginya inilah takdir yang telah Allah tentukan baginya. Lalu  pemuda  kacak lagi salih inipun mengahwini  puteri Sheikh sawmaal yang tidak dikenalinya.

Kawan-kawan ingin tahu..
Semasa Hari perkahwinannya tiba, setelah selesai akad nikah.pengantin lelaki iaitu abu salih dibawa berjumpa pengantin perempuan dikamarnya. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam bilik pengantin, dilihatnya seorang gadis yang sangat cantik jelita berseri-seri wajahnya. Matanya bersinar-sinar menunjukkan dia tidak buta, kaki dan tangannya sangat sempurna. Lalu dia memberi salam “Assalamu alaikum” dengan suara yang lemah lembut dan lunak wanita itu menjawab” Waalaikum Salam Suamiku”.

Maka  terkejutlah abu salih, ini kerana isterinya mempunyai anggota badan yang sempurna.  Lalu segeralah dia mendapatkan mertuanya kerana inginkan penjelasan.
Sheikh Sawmaal  menyambut kedatangan menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau   telah menjangka akan kedatangan Abu Salih untuk mendapatkan penjelasan.

Sheikh sawmaal berkata : “ Aku bersyukur  kerana dari awal lagi aku sudah ketahui bahawa kau adalah seorang pemuda yang sangat jujur dan salih. Oleh itu aku memutuskan untuk mengahwini anak ku dengan engkau”.

Abu salih berkata : “ tetapi bukankah ayahanda  menyebut puteri ayahanda seorang yang bisu, pekak, buta dan kudung?” abu salih kehairanan kerana gadis yang berada didalam bilik pengantin itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh bapa mertuanya, gadis ini tidak buta,tidak pekak, tidak bisu malah tidak kudung, ia adalah gadis yang cukup sempurna.

“Ya benar” jawab sheikh sawmaal : “ Aku menyebut puteri ku iaitu Ummul Khair Fatimah buta sebab dia tidak pernah melihat perkara maksiat, tidak pernah melihat mana-mana lelaki melainkan ayahandanya sahaja. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara-perkara yang  haram, melainkan bacaan-bacaan al-quran,  aku menyebut dia bisu kerana dia tidak pernah menyebut perkara-perkara yang keji atau mengumpat orang lain, aku menyebut dia kudung kerana dia tidak pernah melangkah kearah melakukan maksiat atau melakukan sesuatu yang haram!”.

 Dengan ini fahamlah abu salih bahawa segala ujian ada hikmah di sebaliknya.
Sesungguhnya Abu salih mendapat rezeki yang istimewa untuk dirinya dan keturunannya. Kerana sifat jujur yang ada pada diri, dia layak menerima ganjaran yang sebaiknya.Dia juga mempunyai isteri yang  solehah dan patuh pada perintah Allah, sepertimana sabda nabi Muhammad SAW “ Dan di dunia ini mempunyai perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” Hadis Riwayat Imam Muslim.

 Maka kedua pasangan inipun hidup bahagia sehingga mereka dikurniakan seorang putera yang salih yang di berikan nama Abdul Qadir Jailani. Keturunan mereka hidup dengan penuh nilai murni hingga ke akhir hayat.

Sahabat-sahabat semua,
Pengajaran cerita ini adalah, sekiranya kita bersikap jujur insyaallah allah akan membalas segala kebaikan kita dengan kebaikan yang lebih baik, kita perlu mempercayai kekuasaan allah kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.
                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan