Jumaat, 3 Jun 2016

LOKASI PELAN PERKAHWINAN DI TAMAN MELEWAR

LOKASI PELAN PERKAHWINAN DI TAMAN MELEWAR

Bagi sesiapa yang berada di sekitar kawasan Gombak Greenwood, mungkin amat sukar untuk melakarkan Pelan Lokasi untuk Tempahan Kad Perkahwinan, kerana lokasi yang agak sedikit kedalam kadang kala menyukarkan kita memahamkan orang lain dngan lokasi kita berada sekarang.

jadi di sini, Cik Ly nak Kongsi bersama Map Lokasi yang Tunang Cik sendiri lakarkan bagi membantu orang lain mudah mencari lokasi dewan.

Area sini terdapat 3 jenis dewan yang agak popular dan selalunya para bakal pengantin tempah untuk majlis walimah mereka iaitu seperti , Dewan MPS Selasih, Dewan KUIZM dan Dewan Orang ramai Taman melewar.

Semoga Membantu anda dan bermanfaat untuk anda .. Terima Kasih

#TamanGreenwood
#TamanMelewar
#TamanSelasih
#Kuizm

Sabtu, 6 Disember 2014

5 CIRI MUNAFIK DIKALANGAN KAMU

1
.       Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya

Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain.Perbuatan ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafik

Firman Allah s.w.t:
  "Hai orang-orang beriman janganlah kamu menghilangkan(pahala)sedekahmu dengan menyebutnyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat."(Al-Baqarah:264)

2.       Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

Memanggil seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.

Firman Allah s.w.t:
"Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Al-Hujurat:11)

3.       Sombong Di Antara Sesama Manusia

Firman Allah s.w.t:
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang menyombong diri." (Az-Zumar:)

4.       Mengamalkan  Riak

Riak adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi didalam hati,perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menurut Imam Al Ghazali,riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara-perkara kebajikan.

Firman Allah s.w.t:
“Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kepada riak kepada manusia.”(Al-Baqarah:264)

5.       Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Perbuatan suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan menimbulkan renggang dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik.

Firman Allah s.w.t:
"Tidak ada kebaikan perkataan mereka,kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih."(An-Nisa':114)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar."(HR.Ibnu Abid Danya)

Khamis, 21 Februari 2013

BERKHIDMAT SELAMA 4 TAHUN KERANA SEBIJI EPAL.



   Pada zaman dahulu di sebuah negeri Jilan di Iraq terdapat seorang lelaki soleh yang sangat  kuat imannya. Pemuda itu bernama Abu Salih Jangi Dost. Pada suatu hari sedang pemuda itu duduk ditebing sungai, dia terlihat sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Lalu beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai memakannya beliau tersedar dan berkata didalam hati. “kemungkinan buah epal ini ada tuannya, aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku perlu cari pemiliknya dan minta dihalalkan daripadanya”.

   Pemuda itupun berjalan disepanjang sungai  dari hilir hingga ke hulu sungai untuk mencari tuan buah epal tersebut. Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai dan ada sebatang pokok epal condong kearah sungai. Hatinya berbisik “kemungkinan buah epal daripada pokok inilah yang aku termakan tadi” beliau segera berjumpa dengan tuan kebun epal tersebut.

 Tuan kebun itu adalah seorang lelaki salih yang bernama Sheikh Abdullah Sawmaa’l. Abu Salih memberi salam: “Assalamualaikum Tuan. Adakah tuan pemilik kebun epal ini?”Abu Salih inginkan kepastian.  Sheikh Abdullah Sawmaa’l mengiyakannya.lalu Abu salih berkata lagi :” Saya ingin memohon maaf dan di minta dihalalkan daripada tuan, ini  kerana saya telah  termakan buah epal tuan yang telah terapung  di hilir sungai” sheikh Abdullah Sawmaa’l merenung wajah pemuda itu dengan penuh kehairanan lalu berkata : “ aku akan memaafkan kamu sekiranya kamu memenuhi  permintaan ku”

“Apakah permintaan tuan?” Abu Salih bertanya.
Sheikh Sawmaal menjawab:”  kamu haruslah berkhidmat kepada ku selama dua tahun”.

  Abu salih yang bertaqwa dan takut kepada kemurkaan Allah itupun berfikir seketika. Walaupun hanya sebiji epal, ia tetap cukup baginya untuk disoal di hari perhitungan,kerana ingin menebus kesalahannya yang telah memakan epal, haram sekiranya tidak di izinkan oleh pemiliknya . lalu beliau bersetuju dan berkata :” Insya Allah tuan, saya akan turuti kehendak tuan untuk berkhidmat  Selama  dua tahun”

  Setelah dua tahun berlalu dan pada hari terakhir dia berjumpa   tuannya dan meminta izin untuk pulang ke kampong halamannya, tetapi sheikh Sawmaal menjawab “ aku akan menghalalkan sekiranya kau berkhidmat  dengan ku selama dua  tahun lagi”               

Abu salihpun akur dengan perintah tuannya itu : “ baiklah,saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki” sepanjang 4 tahun sheikh Sawmaal memerhatikan  abu salih adalah seorang pemuda yang beriman dan seorang yang sangat jujur orangnya.

Kawan-kawan semua..
  Setelah dua tahun telah berlalu.abu salih memohon izin kepada tuannya untuk pulang kekampung halamannya dan berkata “ Tuan, izinkan saya pulang ke kampong untuk melihat keluargaku”       tetapi sekali lagi dihalang oleh Sheikh Sawmaal “ aku akan halalkan epal itu sekiranya  kamu bersetuju untuk mengahwini anakku ! tetapi anak ku ini adalah seorang gadis yang buta, bisu, pekak malah kudung kedua belah tangan dan kakinya, sudikah kau mengahwini anak gadis ku dan memenuhi syarat terakhir ku ini?”.

Abu salih termenung agak lama dan jauh disudut hatinya berbisik “ jika sekiranya gadis itu buta, pekak, bisu aku masih boleh terima.tetapi sekiranya kudung bagaimanaku mahu hidup dengan wanita seperti ini?”

Tetapi beliau teringatkan akan kesalahannya memakan sebiji epal dan janjinya kepada Sheikh Sawmaa’l maka beliau pun setuju dengan tiada sedikitpun di dalam hatinya merasa sesal kerana baginya inilah takdir yang telah Allah tentukan baginya. Lalu  pemuda  kacak lagi salih inipun mengahwini  puteri Sheikh sawmaal yang tidak dikenalinya.

Kawan-kawan ingin tahu..
Semasa Hari perkahwinannya tiba, setelah selesai akad nikah.pengantin lelaki iaitu abu salih dibawa berjumpa pengantin perempuan dikamarnya. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam bilik pengantin, dilihatnya seorang gadis yang sangat cantik jelita berseri-seri wajahnya. Matanya bersinar-sinar menunjukkan dia tidak buta, kaki dan tangannya sangat sempurna. Lalu dia memberi salam “Assalamu alaikum” dengan suara yang lemah lembut dan lunak wanita itu menjawab” Waalaikum Salam Suamiku”.

Maka  terkejutlah abu salih, ini kerana isterinya mempunyai anggota badan yang sempurna.  Lalu segeralah dia mendapatkan mertuanya kerana inginkan penjelasan.
Sheikh Sawmaal  menyambut kedatangan menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau   telah menjangka akan kedatangan Abu Salih untuk mendapatkan penjelasan.

Sheikh sawmaal berkata : “ Aku bersyukur  kerana dari awal lagi aku sudah ketahui bahawa kau adalah seorang pemuda yang sangat jujur dan salih. Oleh itu aku memutuskan untuk mengahwini anak ku dengan engkau”.

Abu salih berkata : “ tetapi bukankah ayahanda  menyebut puteri ayahanda seorang yang bisu, pekak, buta dan kudung?” abu salih kehairanan kerana gadis yang berada didalam bilik pengantin itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh bapa mertuanya, gadis ini tidak buta,tidak pekak, tidak bisu malah tidak kudung, ia adalah gadis yang cukup sempurna.

“Ya benar” jawab sheikh sawmaal : “ Aku menyebut puteri ku iaitu Ummul Khair Fatimah buta sebab dia tidak pernah melihat perkara maksiat, tidak pernah melihat mana-mana lelaki melainkan ayahandanya sahaja. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara-perkara yang  haram, melainkan bacaan-bacaan al-quran,  aku menyebut dia bisu kerana dia tidak pernah menyebut perkara-perkara yang keji atau mengumpat orang lain, aku menyebut dia kudung kerana dia tidak pernah melangkah kearah melakukan maksiat atau melakukan sesuatu yang haram!”.

 Dengan ini fahamlah abu salih bahawa segala ujian ada hikmah di sebaliknya.
Sesungguhnya Abu salih mendapat rezeki yang istimewa untuk dirinya dan keturunannya. Kerana sifat jujur yang ada pada diri, dia layak menerima ganjaran yang sebaiknya.Dia juga mempunyai isteri yang  solehah dan patuh pada perintah Allah, sepertimana sabda nabi Muhammad SAW “ Dan di dunia ini mempunyai perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah” Hadis Riwayat Imam Muslim.

 Maka kedua pasangan inipun hidup bahagia sehingga mereka dikurniakan seorang putera yang salih yang di berikan nama Abdul Qadir Jailani. Keturunan mereka hidup dengan penuh nilai murni hingga ke akhir hayat.

Sahabat-sahabat semua,
Pengajaran cerita ini adalah, sekiranya kita bersikap jujur insyaallah allah akan membalas segala kebaikan kita dengan kebaikan yang lebih baik, kita perlu mempercayai kekuasaan allah kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa.
                                                                              

NABI SULAIMAN MENAWAN SI RATU BALQIS


Cerita: NABI SULAIMAN MENAWAN SI RATU BALQIS

Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana serta guru dan rakan-rakan yang saya kasihi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berjalan-jalan ke tanjung muara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kisah sulaiman pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

  Rakan-rakan sekalian ingin tahu bagaimana ratu balqis itu menjadi ratu di hati Nabi Sulaiman? Marilah sama-sama mendengarkan cerita saya ini iaitu NABI SULAIMAN MENAWAN HATI SI RATU BALQIS.

    Nabi Sulaiman Alaihisalam adalah seorang nabi yang Allah telah menganugerahkan kepada beliau kebijaksanaan dan memiliki pelbagai keistimewaan seperti harta kekayaan, kerjaan yang besar mampu memahami dan bercakap dengan haiwan, malah dapat memberi arahan  kepada semua makhluk termasuk  jin, manusia dan haiwan untuk meneruti perintahnya.

   Bertitik tolak dengan keperibadian dan kewibawannya itu , nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti di dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan nabi Daud, maka nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin , angin dan burung sehingga dapat memerintah mereka melakukan apa sahaja yang dikehendaki beliau, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.

  Setelah Baitul Maqdis di bangunkan, nabi Sulaiman menuju ke Negara Yaman, tiba sahaja di sana, beliau telah mengumpulkan semua bala teneranya termasuk burung-burung, beliau memerintahkan burung hud-hud untuk mencari sumber air.tetapi burung hud-hud tidak ada ketika dipanggil, ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan nabi Sulaiman dan menyatakan akan menjatuhkan hukuman sekiranya haiwan itu tiada alasan yang jelas.

    Tidak lama kemudian burung hud-hud datang mengadap nabi Sulaiman dengan membawa suatu berita yang penting. “ Wahai nabi Allah Sulaiman,aku telah terbang ke negeri Saba’, dan sesunguhnya aku menjumpai seorang wanita yang jelita dan bijaksana telah menjadi pemerintah negeri Saba’ dan mempunyai  singgahsana yang besar. Dan aku mendapati dia dan kaumnya telah menyembah matahari selain Allah” terang burung hud-hud.

    Mendengar berita itu nabi sulaiman mengetuskan surat kepada ratu balqis yang mengandungi nasihat supaya menyembah Allah Taala.Maka hud-hud telah diperintahkan untuk menyampaikan surat sepertimana di perintahkan, beliau menjatuhkan sepucuk surat kepada Ratu Balqis, kemudian hud-hud mencuri dengar isi kandungan surat tersebut.

    Ratu balqis berkata kepada pembesar-pembesarnya “ wahai pembesar-pembesar ku,telah jatuh kepada ku sepucuk surat yang telah di sampaikan oleh nabi Sulaiman yang menyatakan ‘ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Janganlah kalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepada ku sebagai orang yang berserah diri”.
Sahabat-sahabat sekalian,

  Nabi sulaiman melayangkan utusan tersebut dengan baik, ini membuatkan Ratu Balqis berhajat mahu berjumpa sendiri dengan nabi Sulaiman.keinginan Ratu Balqis itu diketahui oleh Nabi Sulaiman, Nabi sulaiman ingin menunjukkan kekuasa Allah terhadap Ratu Balqis dengan terlebih dahulu dia memerintahkan tenteranya untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan rombongan Ratu Balqis.

   Nabi sulaiman telah memerintahkan Jin Ifrit untuk membawa singgahsana ratu balqis ke istananya. Dan memerintahkan supaya di bina mahligai yang diperbuat daripada kaca dan di bahagian bawah mahligai tersebut di kelilingi sungai seperti air yang mengalir dan terdapat ikan – ikan di dalamnya  Apabila ratu balqis bersama rombongannya  tiba,

Nabi Sulaiman bertanya :”Apakah seperti ini singahsana mu?” kemudian ratu balqis menjawab “ Mungkin sama dengan singgahsana ku” dia tidak berani mengiyakan kerana baginya mana mungkin singgahsananya berada di istana ini.

  Kemudian Ratu Balqis di jemput untuk menghadap Nabi sulaiman. Ketika berjalan ratu balqis sekali lagi terpedaya, lalu menyelak kainnya sehingga tersingkap menampakkan betisnya kerana menyangka air pada lantai istana itu adalah air yang mengalir.

Lalu nabi sulaiman berkata “ istana ku ini licin diperbuat daripada kaca” ketika menyaksikan betapa hebatnya nabi Sulaiman . ratu balqis merasakan dirinya sangat aib dan menyedari kelemahannya, lalu ratu  balqis memohon ampun atas kesilapannya selama  ini ” Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku telah membuat zalim terhadap diri ku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah yang disembah semesta alam”.
Sahabat-sahabat sekalian,

   Begitu besar nikmat dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada nabi Sulaiman a.s sehingga angin dijadikan kenderaan baginya, manusia dan jin menjadi tenteranya dan haiwan-haiwan menjadi utusannya sehingga menyebabkan Peristiwa Ratu Balqis itu akhirnya  dia telah diperisterikan oleh nabi Sulaiman.

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini adalah kita hendaklah beriman kepada Allah Taala dengan sebenar-benar iman , kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Kuasa di atas setiap perkara yang mustahil berlaku di dunia.

Sekian sahaja cerita saya, sekian terima kasih saya ucapkan.

MEREBUS BATU KERANA LAPAR


contoh cerita untuk dipertandingkan (Kisah saidina Umar)


   Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,yang disegani barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa serta para perserta yang saya kagumi sekalian. Di sini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Merebus batu Kerana Lapar”

  Pada suatu masa dahulu di kota madinah terjadinya “Tahun Abu”. Ramai penduduk di kota madinah mengalami penderitaan kerana kemarau yang berpanjangan.Pada masa itu di bawah pemerintahan Amirul Mukminin iaitu Saidina Umar Al-khatab. Rakyatnya di uruskan dengan cermat dan saksama.Setiap hari Saidina Umar al-khatab sentiasa bimbang makanan untuk rakyatnya berkurangan,Beliau sangup menahan lapar kerana kasihan terhadap rakyatnya. Sehingga apabila perutnya berkeroncong kelaparan, beliau menepuk-nepuk perutnya lalu berkata “ Berkeronconglah sesuka hati mu wahai perutku, aku tetap akan tahan sehingga rakyat ku tidak kelaparan dan hidup dengan sewajarnya”.

  Hampir setiap malam Saidina Umar al-khatab akan keluar masuk ke kampung dengan ditemani sahabatnya Aslam bagi memantau keadaan rakyatnya, beliau juga sanggup menyamar sebagai rakyat biasa agar identitinya tidak diketahui.

  Pada suatu malam ketika Saidina Umar Al-khatab sedang berjalan bersama Aslam ke sebuah kampong yang terpancil. Tiba-tiba beliau terdengar suara tangisan anak kecil menangis teresak-esak (Buat menangis). Umar Al-khatab dan aslam bergegas mendekati suara tangisan tersebut di khemah berdekatan, untuk mengetahui kemungkinan penghuninya memerlukan bantuan.

   Saidina Umar melihat seorang ibu sedang memasak sesuatu di dalam periuk yang besar dengan menggunakan senduk kayu bagi mengacau masakannya itu. Terdengar suara rintihan anaknya “ Ibu Lapar, ibu lapar..” lalu si ibu memujuk..” Sabar nak sabar, masakan masih belum  siap, kamu tidurlah dahulu” tetapi anak itu terus sahaja menangis.
  Umar al-khatab tidak sabar ingin menghulurkan bantuan kerana kasihan melihat anak itu terus menangis.Lalu Saidina Umar memberi salam “Assaalumu alaikum” mendengar salam itu,  si ibu menjawab salam Umar “ Waalaikum salam” tetapi setelah itu dia sambung kembali mengacau masakannya tadi.

 Di luar khemah,Saidina Umar Al-khatab bertanya kepada si ibu “ Siapakah yang menangis didalam itu?” dengan acuh tidak acuh si ibu menjawab “ Anak-anak ku” “Adakah mereka sakit?” soal saidina umar “ Tidak, mereka sedang kelaparan” Jawab si Ibu.
Saidina umar al-khatab dan sahabatnya Aslam terdiam dan tetap menunggu di luar khemah, setelah lama berada di luar, kedengaran anak-anak kecil itu terus menangis tanpa henti. Timbul persoalan di fikiran Saidina Umar ‘Apakah yang dimasak oleh si ibu?’ Lalu saidina umar bertanya lagi “Wahai si Ibu,apakah yang sedang kau masak? walalupun sudah lama,mengapa tidak matang-matang juga masakan mu itu?”.Si ibu menoleh dan berkata “ Kamu lihatlah sendiri, apa yang aku masak”.

Saidina Umar dan Aslam menjenguk ke dalam periuk tersebut, lalu keduanya terkejut, saidina umar berteriak “  kenapa kau memasak batu? Sedangkan anak kau sedang menangis kelaparan?” dengan suara lirih si ibu menjawab “ Aku seorang ibu tunggal, dari pagi aku dan anak-anak ku masih belum menjamah sedikitpun makanan, jadi aku menyuruh mereka berpuasa. Namun magrib tiba ternyata kami masih belum tiada makanan. Aku mengumpulkan batu-batu ini dan memasaknya, harapan agar bunyi masakan ini dapat membohongi anak ku untuk mereka terus tertidur, mungkin kerana kelaparan mereka terbangun dan menangis meminta makanan”.

  Setelah menjelaskan dengan panjang lebar, si ibu terdiam seketika. Dengan tidak mengetahui gerangan pemuda di hadapannya. Si ibu berkata lagi “ Namun apakan daya ku, inilah kejahatan Saidina Umar Al-khatab yang tidak mahu melihat ke bawah, apakah kehendak rakyatnya telah dipenuhi sepenuhnya. Umar al-khatab memang tidak layak untuk menjadi pemimpin, kerana beliau tidak mampu menjamin keperluan rakyatnya”.

  Bila mendengar si ibu berkata demikian, Saidian umar berlinangan air mata.Aslam pula ingin menegur percakapan si ibu tersebut, namun saidina umar segera menghalang lalu bangkit dan mengajak Aslam untuk pulang mengambil makanan. Setelah sampai di Baitul Mal iaitu tempat penyimpanan harta agihan, tanpa beristirehat lagi, beliau mengambil sekarung gandum lalu membawa dan memikul gandum itu di bahunya untuk diberikan kepada Si ibu.

  Sahabatnya Aslam kasihan melihat Saidina Umar memikul karung tersebut,dan dia berkata     “ Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku yang memikul karung itu..” Tetapi dengan wajah yang merah padam (marah) Saidina Umar menjawab “ Wahai Aslam! Adakah kau ingin menggantikan tempatku untuk memikul bebanku ini di akhirat kelak? Jangan engkau menjerumuskan aku kedalam neraka kerana kesalahan ku ini”. Aslam tertunduk malu dengan teguran saidina umar.

  Setelah sampai di khemah si ibu, saidina umar menghulurkan bantuan bagi memasak sendiri makanan untukanak-anak si ibu tersebut. Se usai makanan siap mereka makan dengan lahapnya. Setelah memastikan keadaan mereka kekenyangan dan  tidur dengan nyenyak, Saidina Umar meminta diri untuk pulang dengan hati yang senang, tetapi jauh di sudut hatinya berbisik “Mungkin tanpa pengetahuan ku, ramai lagi rakyat ku yang masih hidup susah dan memerlukan bantuan ku”. Saidina Umar Al-khatab menadah tangan lalu berdoa “ Ya Allah ya tuhan ku!  janganlah sampai umat nabi Muhammad menemui kehancuran di tangan ku ini”


Begitulah sahabat-sahabat sekalian,,
Betapa mulianya peribadi seorang pemimpin yang sanggup hidup susah demi kehidupan rakyatnya. Kisah saidina Umar Al-Khatab ini mengajar kita Sifat saling bantu-membantu tanpa mengira sesiapa sahaja. Sifat sebegini harus kita  tauladani agar kita tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa kepada Allah demi memperjuangkan islam terbela di mata dunia.

Sifat umar perlu di tauladani,
Berkasih sayang sifat utama,
Bantu-membantu sifat terpuji,
Marilah kita amalkan bersama-sama.


Saya akhiri cerita saya ini dengan ucapan Wabillahit taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syarahan untuk Thn 5


 SYARAHAN:  WASATIYYAH PENCETUS UMMAH BERWIBAWA



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعد
       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak-detik masanya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat sekalian..
Sidang dewan yang saya kasihi,

  Dalam hidup seharian kita, tidak lengkap hidup tanpa mengamalkan segala sunnah yg dibawa oleh Rasulullah SAW . Maka pada hari ini saya ingin mengajak sahabat semua untuk memperjuangkan sunnah Rasulullah yang mementingkan perpaduan ummah, agar Islam terus terbela. Berpatutanlah dengan tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “ Wasatiyyah Pencetus Ummah berwibawa”

  Di Dalam kamus dewan, Wasatiyyah bermaksud: pendekatan sederhana yang di amalkan oleh Rasulullah SAW.Pencetus ummah pula bermaksud: pengungkap sesuatu wadah untuk cetusan idea yang lahir daripada masyarakat islam.Wibawa pula bermaksud kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.Maka dengan ini maksud keseluruhan “ Wasatiyyah Pencetus ummah berwibawa adalah kepakaran sesuatu ummah untuk menggerakkan sifat kesederhanaan dalam diri.

Sahabat-sahabat sekalian..
Telah dinyatakan didalam Al-Quran bahawa kita sebagai manusia telah dipilih oleh Allah untuk menjadi umat pilihan. Daripada Surah al-baqarah ayat 143
Yang bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah),…”

  Dengan ini sebagai umat pilihan,Wasatiyyah dapat mentarbiyah kita kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.Ia menekankan aspek beriman, adil dan di versity. Konsep ini juga membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul iaitu “unity in diversity” perpaduan dalam kepelbagaian, seterusnya mampu mewujudkan satu pemerintahan yang baik. 
   Sifat wasatiyyah yang di bawa oleh baginda Rasulullah saw juga termaktub dalam Piagam Madinah dengan menyatupadukan masyarakat islam dan bukan Islam.Ia menyerlahkan lagi semangat toleransi beragama dapat hidup secara harmoni demi melindungi kaum minority.
Sahabat-sahabat sekalian,

  Persoalannya kini,Bagaimana kita ingin menjadikan wasatiyyah sebagai pencetus ummat yang berwibawa? Maka ini, Saya menyeru agar kita semua melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas agar Islam maju dalam mengerakkan ummah yang bermutu

Ini sesuai dengan Sabda nabi Muhammad SAW

انَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

Yang bermaksud:
 “Sesungguhnya setiap amalan itu di mulai dengan niat. Dan sesiapa sahaja akan memperolehi apa yang dia niatkannya”

  Kita sebagai rakyat Malaysia harus  mengamalkan apa yang di bawa oleh Rasulullah SAW, Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kita bagi mengekalkan kestabilan Negara dengan cuba menyatupadukan Masyarakat  tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Berpatutan juga dengan Tema yang Dibawa oleh dato’ Sri Najib Sebagai Satu Malaysia Transformasi Berjaya.

Sahabat-sahabat yang saya kasihi,

  Kita hidup sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, jadi kita amalkan sifat Wasatiyyah agar diri kita dapat memberi contoh tauladan yang baik di dalam melaksanakan aktiviti kehidupan. menyatupadukan ummah berpandukan al-quran dan as-sunnah sepertimana Rasulullah SAW.Hanya dengan bersatu padu, kita berupaya menangani segala cabaran semasa.

  Justeru itu, dalam menyimpul syarahan saya ini, ayuh kita di sini. bersama –sama, kita memulakan tugas membina kesatuan ummah dengan menjadikan wasatiyyah sebagai prinsip dan hijrah sebagai semangat untuk memacu kita mencapai kemenangan ke arah yang hakiki.

Demikian syarahan saya pada hari ini, iaitu ‘ Wasatiyyah Pencetus Ummah Berwibawa’ semoga bermanfaat bagi diri saya khususnya dan juga kita semua.

Sifat Rasulullah Perlu di teladani,
Quran dan Sunnah rujukan utama,
Wasatiyyah Tonggak sifat terpuji,
Marilah kita amalkan bersama-sama.

Saya akhiri syarahan saya ini dengan lafaz..
Wabillahit taufiq wal hidayah wassalamualaikum …

Contah Syarahan



Pidato : Wasatiyyah Pemangkin Generasi Rabbani
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أما بعد
       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak-detik masanya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat sekalian.

   Sebelum kapal saya layarkan, sebelum permaidani saya hamparkan, sebelum tirai saya labuhkan terlebih dahulu, izinkan saya untuk medefinasikan satu persatu tajuk Syarahan saya pada hari ini.

   Pertamanya, wasatiyyah yang bermaksud Sifat Keseimbangan dan kesederhanaan,
Keduanya Pemangkin Bermaksud faktor, persekitaran yg mempercepat sesuatu perubahan.  Dan Ketiganya Generasi Rabbani mengikut kamus dewan edisi ke-4 yang bermaksud 1 jurang perbezaan antara satu generasi ke generasi lain untuk menanamkan Sifat Rababniyah kepadaTuhan.Tajuk penuh syarahan saya pada hari ini adalah “Wasatiyyah Pemangkin Generasi Rabbani” sifat Kesederahanaan boleh menerapkan kita ke arah generasi yang bertaqwa kepada tuhan.

Sidang dewan yang saya segani,

    Rasulullah SAW telah mengamalkan sifat wasatiyyah bagi mengimbangi tuntutan agama islam sekali gus menangani masalahah Global ummat di dunia mahupun di akhirat. Sifat ini juga tidak berat sebelah, malah sempurna dan mencakupi segalanya agar ummat bersatu padu.
Dalam Pandangan Islam, islam berkembang melalui  kebudayaan, peradaban malah juga sumber langsung daripada  Al quran dan As-sunnah.  Sedangkan pandangan luar Islam, menyatakan Islam itu berkembang disebabkan proses penyebaran Islam yang dilandasi dengan semangat persatuan dan perluasan daerah Islam.  Tetapi bagi pendapat saya pula,Perkembangan islam juga boleh dikaitkan dengan sifat Wasatiyyah yang merujuk kepada umat yang sederhana mampu merubah kita kearah kepercayaan Rabbani.

 Sahabat-sahabat sekalian,
   Kita sebagai umat islam mempunyai sifat wasatan yakni satu umat pilihan. Firman Allah taala dalam surah al-baqarah ayat 143.
Yang bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)”

  Bagi urusan berkenaan, sifat wasatan adalah konsep wasitiyyah berupaya memelihara kesatuan ummah di samping mewujudkan persefahaman antara bangsa, agama dan budaya demi perpaduan islam nasionalisma. Wasatiyyah juga berupaya mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup,serta kesan dalam menyedarkan individu dan masyarakat.

Saudara-saudari sekalian,
   Bagaimana kita ingin mewujudkan umat yang bersatu padu? Dengan ini marilah sama-sama kita sebagai manusia mengalasi Amanah sebagai umat pilihan yang telah dipilih oleh Allah SWT  untuk menjadi orang yang menyampaikan kebenaran dan memperbetulkan kesalahan bagi menyatupadukan ummat yang bergenerasi Rabbani.Untuk terus menegakkan agama islam, kita perlu menyatupadukan umat dengan mengamalkan sikap Amar makruf nahi mungkar. Didalam Surah Ali imran ayat 114 mengatakan
.Yang bermaksud.“Mereka yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, dan disuruh melakukan perkara kebaikan, dan dilarang daripada melakukan perkara kemungkaran”
Bagi menerapkan sifat Wasatiyyah generasi rabbani dalam menegakkan agama yang benar. Al-Quran dan Sunnah menjadi teras agar kita terus cemerlang membangunkan generasi Islam yang terbilang.

umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata utama
umat islam sentiasa boleh
umat islam sentiasa boleh

kita boleh melakuknnya, kita Jangan gentar menempuh badai, andai kita di jalan yang benar, seperti pepatah ada menyatakan.Berani kerana benar takut kerana salah.

Sahabat-sahabat sekalian,
   Kesimpulan syarahan saya pada hari ini, untuk memastikan amalan Wasatiyyah pemangkin Generasi Rabbani terus dijadikan Tonggak kehidupan, Mulai saat ini Marilah sama-sama kita semua memainkan peranan penting dengan menghayati erti sebenar sifat wasatiyyah, kita haruslah mengamalkan sikap toleransi bersatu padu berpandukan Quran dan Sunnah yang di bawa oleh Rasulullah SAW samada melalui pergaulan atau perbuatan agar Wasatiyyah pemangkin generasi Rabbani  terus subur didalam setiap hati insane.


JiKalau benih itu bernas,
Walau seribu tahun di landa panas,
Walau digetas getus binatang ganas,
Namun ia tetap bertunas.
Jika benih itu hampa,
Walau seribu tahun hujan menimpa,
Namun tetap tidak  menjadi apa-apa