Khamis, 21 Februari 2013

NABI SULAIMAN MENAWAN SI RATU BALQIS


Cerita: NABI SULAIMAN MENAWAN SI RATU BALQIS

Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana serta guru dan rakan-rakan yang saya kasihi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Berjalan-jalan ke tanjung muara,
Bermain pasir bersama rakan,
Kisah sulaiman pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

  Rakan-rakan sekalian ingin tahu bagaimana ratu balqis itu menjadi ratu di hati Nabi Sulaiman? Marilah sama-sama mendengarkan cerita saya ini iaitu NABI SULAIMAN MENAWAN HATI SI RATU BALQIS.

    Nabi Sulaiman Alaihisalam adalah seorang nabi yang Allah telah menganugerahkan kepada beliau kebijaksanaan dan memiliki pelbagai keistimewaan seperti harta kekayaan, kerjaan yang besar mampu memahami dan bercakap dengan haiwan, malah dapat memberi arahan  kepada semua makhluk termasuk  jin, manusia dan haiwan untuk meneruti perintahnya.

   Bertitik tolak dengan keperibadian dan kewibawannya itu , nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti di dalam kerajaan Bani Israel. Setelah kewafatan nabi Daud, maka nabi Sulaiman pun diberikan kuasa sebagai pemimpin. Beliau juga dapat menundukkan jin , angin dan burung sehingga dapat memerintah mereka melakukan apa sahaja yang dikehendaki beliau, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi.

  Setelah Baitul Maqdis di bangunkan, nabi Sulaiman menuju ke Negara Yaman, tiba sahaja di sana, beliau telah mengumpulkan semua bala teneranya termasuk burung-burung, beliau memerintahkan burung hud-hud untuk mencari sumber air.tetapi burung hud-hud tidak ada ketika dipanggil, ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan nabi Sulaiman dan menyatakan akan menjatuhkan hukuman sekiranya haiwan itu tiada alasan yang jelas.

    Tidak lama kemudian burung hud-hud datang mengadap nabi Sulaiman dengan membawa suatu berita yang penting. “ Wahai nabi Allah Sulaiman,aku telah terbang ke negeri Saba’, dan sesunguhnya aku menjumpai seorang wanita yang jelita dan bijaksana telah menjadi pemerintah negeri Saba’ dan mempunyai  singgahsana yang besar. Dan aku mendapati dia dan kaumnya telah menyembah matahari selain Allah” terang burung hud-hud.

    Mendengar berita itu nabi sulaiman mengetuskan surat kepada ratu balqis yang mengandungi nasihat supaya menyembah Allah Taala.Maka hud-hud telah diperintahkan untuk menyampaikan surat sepertimana di perintahkan, beliau menjatuhkan sepucuk surat kepada Ratu Balqis, kemudian hud-hud mencuri dengar isi kandungan surat tersebut.

    Ratu balqis berkata kepada pembesar-pembesarnya “ wahai pembesar-pembesar ku,telah jatuh kepada ku sepucuk surat yang telah di sampaikan oleh nabi Sulaiman yang menyatakan ‘ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Janganlah kalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepada ku sebagai orang yang berserah diri”.
Sahabat-sahabat sekalian,

  Nabi sulaiman melayangkan utusan tersebut dengan baik, ini membuatkan Ratu Balqis berhajat mahu berjumpa sendiri dengan nabi Sulaiman.keinginan Ratu Balqis itu diketahui oleh Nabi Sulaiman, Nabi sulaiman ingin menunjukkan kekuasa Allah terhadap Ratu Balqis dengan terlebih dahulu dia memerintahkan tenteranya untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan rombongan Ratu Balqis.

   Nabi sulaiman telah memerintahkan Jin Ifrit untuk membawa singgahsana ratu balqis ke istananya. Dan memerintahkan supaya di bina mahligai yang diperbuat daripada kaca dan di bahagian bawah mahligai tersebut di kelilingi sungai seperti air yang mengalir dan terdapat ikan – ikan di dalamnya  Apabila ratu balqis bersama rombongannya  tiba,

Nabi Sulaiman bertanya :”Apakah seperti ini singahsana mu?” kemudian ratu balqis menjawab “ Mungkin sama dengan singgahsana ku” dia tidak berani mengiyakan kerana baginya mana mungkin singgahsananya berada di istana ini.

  Kemudian Ratu Balqis di jemput untuk menghadap Nabi sulaiman. Ketika berjalan ratu balqis sekali lagi terpedaya, lalu menyelak kainnya sehingga tersingkap menampakkan betisnya kerana menyangka air pada lantai istana itu adalah air yang mengalir.

Lalu nabi sulaiman berkata “ istana ku ini licin diperbuat daripada kaca” ketika menyaksikan betapa hebatnya nabi Sulaiman . ratu balqis merasakan dirinya sangat aib dan menyedari kelemahannya, lalu ratu  balqis memohon ampun atas kesilapannya selama  ini ” Ya Tuhan ku, sesungguhnya aku telah membuat zalim terhadap diri ku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah yang disembah semesta alam”.
Sahabat-sahabat sekalian,

   Begitu besar nikmat dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada nabi Sulaiman a.s sehingga angin dijadikan kenderaan baginya, manusia dan jin menjadi tenteranya dan haiwan-haiwan menjadi utusannya sehingga menyebabkan Peristiwa Ratu Balqis itu akhirnya  dia telah diperisterikan oleh nabi Sulaiman.

Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini adalah kita hendaklah beriman kepada Allah Taala dengan sebenar-benar iman , kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Kuasa di atas setiap perkara yang mustahil berlaku di dunia.

Sekian sahaja cerita saya, sekian terima kasih saya ucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan