Jumaat, 19 November 2010

Dalam sebuah Hadis telah menyatakan bahawa 3 jenis doa orang yang tidak ditolak oleh Allah
1. ialah seorang yang sering mengngati Allah sebanyak-banyaknya.
2. ialah Doa orang yang teraniaya
3. Ialah doa seorang Raja yang Adil

   " Dan sebutlah nama tuhan mu (Allah) banyak-banyak serta bertasbih di waktu pagi dan petang hari" 
       (Surah Ali Imran)

 Orang- orang yang sering mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaringdan mereka memikirkan tentang pencipta langit dan bumi (seraya berkata) ya tuhan kami ,tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa api neraka

Kejujuran itu kekasih Allah, keterusterangan merupakan sabun pencuci hati. tiada satu perkerjaan pon yang dapat melegakan hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah.

 "Oleh itu ingatlah kamu kepada ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang ku) supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan"  ( Surah Al-Baqarah:152)

Berzikir kepada Allah adalah syurga Allah dibumi-Nya, Maka siapa yang tidak memasukinya,ia tidak dapat memasuki syurga di Akhirat nanti.berzikir kepada Allah merupakan penyelamat dari segala kerisauan,kebimbangan , kekesalan. Zikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk mencapai kemenangan dan kebahagian yang sebenar

Baginda bersabda,ertinya: " Kecintaan mu pada-Nya akan membuat mu masuk Syurga"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan