Khamis, 3 Januari 2013

Adakah Aku yang Pengecut??


Aku percaya dengan setiap takdir Allah kepada hamba-hambanya, setiap yang berlaku ke atas ku adalah kehendak daripada Allah. Jodoh pertemuan itu ku serahkan kepadaNya, aku cuma hamba Allah hanya patuh dan terus berdoa agar Allah menentukan jodoh yang terbaik untuk ku.

Aku pun tak tahu apa yang terjadi atas diri ku, nak katakan aku menyalahi ketentuan Allah, tak juga. mungkin aku masih tiada keyakinan diri mahupun keberanian untuk berterus terang terhadap seorang yang kita suka (Cintai). aku takut sangat akan di kecewakan, kerana kekecewaan bagi ku amatlah sakit dan pahit untuk ku telan.

Kawan-kawan ku pernah berpesan, "Sekiranya kita menyukai seseorang dan orang tu tak tahu perasaan kita,lebih baik kita berterus terang, daripada kita yang menderita, sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kita". tapi bagi ku itu perkara itu amatlah memalukan, bagi aku sebagai kaum wanita. aku tak nak di gelar sebagai  'Perigi Cari Timba'. tapi kawan ku berpesan. "Apa salahnya Kita mencuba nasib".. Arghh!!! aku tak mampu untuk berterus terang, lidah ku kaku, mulut ku terkunci, sebab bagi aku, aku takut untuk menerima segala jawapan dari Si Dia. aku takut sangat untuk di kecewakan.

Sebelum-sebelum ini ramai sudah lelaki yang aku suka dan aku tengok layanan mereka pada aku pun macam  suka pada ku juga, kerana mereka terlalu ambil berat.  LELAKI, aku pun tak faham sangat dengan sikap mereka, kadang bila kita anggap lebih dari seorang kawan, deorang anggap 'Cuma Kawan'. bila kita anggap kawan shj, lain pula anggapan mereka. itulah aku takut sangat untuk berterus terang, akhir cerita aku melepas juga dan masih Single hingga sekarang.
 PATUTKAH AKU BERTERUS TERANG PADA ORANG YANG AKU SUKA???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan