Sabtu, 5 Januari 2013

Aku Tak Percaya Pada Cinta

     Ini bukanlah satu cerita Auta mahupun Fakta yang aku ambil dimana-mana artikel, statment ini adalah Anggapan aku sendiri dalam perhubungan (Couple). mungkin ada orang yang bersetuju atau tak setuju dengan statment aku ni.. tapi aku tak kisah itu semua.. INILAH AKU

   Aku ni bukan seorang yang mudah untuk bercouple, aku tak percaya dengan Cinta sebelum kahwin ini, aku anggap semua itu adalah cinta monyet belaka. kerana bagi aku Cinta itu terlalu leceh,  kita perlu menitik beratkan soal hati dan perasaan, dan terlalu menjagakan penampilan dirilah, aku rasa itu semua hipokrik semata-mata. Percayalah pada takdir dan jodoh yang telah Allah tetapkan kepada kita. memanglah jodoh itu tak datang dengan sendiri, perlu berusaha mencari dan bertawakkal pada ketentuan Allah, tapi tak payahlah sampai nak berCouple2 ni

   Aku amat tak bersetuju dengan orang yang bercinta sebelum kahwin dan berCouple2 ni..Aku amatlah menganggap perkara bercouple ini adalah satu perkara yang terlalu remeh temeh, sebab perlu jaga hati pasanganlah, berhabis duit untuk pasanganlah , belanja, belikan hadiah, juga habis kredit semata-mata ber SMS dengan pasangan malah juga menghabiskan masa sahaja bila kita ni berpasangan, kalau sayang betul-betul takpelah juga, ini tak niat hanya nak berCouple shj.Last-last ada yang putus, yang kecundang malah dikecewakan hingga sanggup bunuh diri, Cukuplah kita cintakan wanita itu untuk dijadikan pasangan hidup untuk selamanya. 

   Aku nak terus terang, aku memang tak berpengalaman dalam alam percintaan, dari bangku sekolah hingga ke alam kerja, aku tak suka layan mana-mana lelaki, walaupun ada yang mengganggu hidup ku, obses pada aku, semua itu aku tak layan, kerana aku tak percaya pada Cinta Lelaki, bagi aku lelaki semuanya sama sahaja. hanya permainkan perasaan wanita, sedangkan mereka tidak tahu apa yang wanita mahukan dalam perhubungan yang sebenar.

Bukan aku tak percayakan Cinta sangat, aku cuma takut sangat diri ku akan di kecewakan malah aku juga takut  aku akan mengecewakan orang lain, sebab aku sedar aku hanyalah manusia biasa yang tak bisa lari dari melakukan kesilapan, malah aku juga insan biasa yang kadangkala tidak terjangka akan mengguris hati orang lain.Bagi aku, kalau adalah Lelaki yang Allah ciptakan untuk ku, Cukupalah untuk dia berterus terang, kenal Ibu ayah dan masuk Minang lalu berkahwin, bukan berCouple bagai nak rak sebelum kahwin.kerana bagi aku, apa matlamat wanita dalam setiap perhubungan hanyalah satu sahaja, Cukuplah jadikan Dia Halal di sisi mu malah hubungan Halal Dimata Allah.

   Mungkin ramai yang beranggapan  perkahwinan itu menyusahkan nanti kena menggalas beban yang berat dan tak bebas untuk melakukan sesuatu, jangan salahkan perkahwinan, kerana itu telah di aturkan baik oleh Allah, bila kita percaya dengan rezeki Allah Insyallah perkahwinan akan mendatangkan rezeki yang berlipat kali ganda. jangan takut pada beban yang kita kena tanggung selepas kahwin, kerana Lelaki memang diciptakan untuk menjadi Khalifah (Pemimpin). inilah masanya kita perlu tonjolkan kebolehan kita sebagai pemimpin dan wanita di jadikan untuk Menjadi pelengkap bagi lelaki

   Aku juga ada menyimpan perasaan pada seseorang dalam diam, tapi aku tak pernah luahkan padanya kerana aku tetap dengan prinsip aku, 'Aku tak percaya pada Cinta Lelaki'. Biar Allah yang temukan jodoh ku, malah Allah akan memudahkan setiap jalan yang menuju keredhoanNya, buat apa aku Cintakan seseorang, kalau dia tak cintakan aku, Biar Sekiranya Allah sayang pada ku, dia akan berikan seseorang yang terbaik untuk ku.

" Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau shj yang mengetahui isi hati hamba Mu ini , Sekiranya Kau Ciptakan Dia Untuk Ku, Satukanlah hatinya dengan hati ku dalam hubungan yang halal di sisi Mu, agar aku tidak melakukan dosa Hati dan Perasaan, aku hanya inginkan Redho dari Mu"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan